Thursday, March 13, 2008

Komikoo #2 - Edisi Mac


Salam,

Pertamanya kami di Komikoo ingin memohon maaf atas kelewatan edisi kedua ini. Kami mengalami sedikit masalah teknikal dan segalanya sudahpun dibaiki.

Bukannya tidak mahu mengumumkan bila ianya akan muncul di pasaran tetapi kami sendiri tidak dapat memberikan tarikh yang tepat. Daripada membuat andaian salah tentang tarikh, kami memilih untuk diam dan kini ianya sudah berada di pasaran.

Selepas ini, penerbitan Komikoo akan berjalan seperti biasa iaitu sebulan sekali (dan mungkin akan keluar di minggu kedua setiap bulan).

Apa lagi, pergilah beli!