Sunday, February 22, 2009

Komikoo #8 Di Pasaran

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Komikoo tak keluar-keluar selepas saya membuat pengumuman di bawah. Maaflah, saya bukannya nak buat semua orang tertunggu-tunggu tetapi memang selepas saya buat pengumuman itu, sebelum cuti Gong Xi Fa Cai, color separation semua dah siap dan tunggu masuk proses percetakan saja.

Dan ia tersangkut pada proses percetakanlah. Apa sebabnya, tak dapat saya nyatakan di sini. Cuma sekarang ia sudah berada di pasaran, dan anda semua boleh dapatkannya. Komikoo masih lagi ada, dan saya memang berusaha sesungguhnya untuk ia sampai ke pasaran pada masa yang ditetapkan. Tapi saya sudah usai berjanji, dan sudah kehabisan alasan untuk diberi, jadi setiap kali selesai proses editorial, dan color separation, ianya sudah berada di luar kawalan saya.

Kualiti kertas dan percetakan kali ini memang baik bagi saya dan harapnya akan begini lagilah isu depan. Saya sedang dalam proses menyiapkan nombor 9 dan ada juga muka baru yang akan membuat penampilan.

Nanti saya akan gebang lagi.

Cheers,
Roy Ablah

Wednesday, January 14, 2009

Komikoo #8

Komikoo 8 akan berada di pasaran pada bulan Februari. Sekarang berada di peringkat akhir pembikinan.

Dan kepada para artis di luar sana, kami mengalu-alukan penghantaran karya. Sila emelkan sinopsis penuh kepada fnizam79@yahoo.com.

Cheers.

Thursday, November 13, 2008

Komikoo #7


Muka hadapan oleh Jambang/Shawal

Juganah Kromosom/DNA
Tragedi Bulan Ini tulisan Saharil Hasrin SaninZon Quadron karya Zafran

Dendam karya Baba Chuah
Bebas karya Slemmer
Maaf kerana tiada kemas kini sejak pos yang lalu. Bukannya apa, tidak mahu berjanji tanpa ada tarikh yang kukuh.

Bagaimanapun, Komikoo masih bernafas, dan akhirnya isu nombor #7 berjaya disiapkan dengan bantuan dua pereka grafik bebas, Azihan dan Shawal.

Reka bentuk muka surat artikel untuk isu ini agak berbeza, yang mana menggembirakan kami di Komikoo.

Isu kecurian yang lalu sudah berjaya diselesaikan dan Komikoo #8 akan menyusul selepas Komikoo #7.

Isu #7 dijangka akan berada di pasaran sekitar minggu hadapan.

Cheers.

Wednesday, October 15, 2008

PENGUMUMAN - Komikoo #7

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Kami di sini ingin memaklumkan yang Komikoo #7 tidak dapat berada di pasaran pertengahan bulan ini atas sebab:

1] Pejabat kami dipecah masuk ketika cuti raya lalu. Segala fail-fail berkaitan Komikoo yang tersimpan dalam cakera keras milik DTP dan yang tersimpan dalam pelayan habis dicekup sekali oleh para pencuri. Kami terpaksa membuat semula segala reka bentuk dan proses meletakkan belon ke dalam komik.

2] Atas sesuatu sebab yang lain yang tidak dapat dinyatakan di sini .

3] Kami sedang mencari DTP artis untuk bekerja secara sambilan.

Apa-apa update lain akan diposkan di sini lagi.

Harap maklum.

Roy Ablah

Sunday, September 28, 2008

Komikoo #6


Sudah berada di pasaran, akhirnya.

Untuk pelawat blog ini, kemas kini terhadap isu baru Komikoo hanya akan dibuat selepas ia benar-benar berada di rak buku toko buku atau kedai-kedai majalah/mamak berhampiran untuk mengelakkan kejadian ia tidak dijumpai langsung.

Untuk kesekian kalinya juga, Komikoo kali ini lewat lagi. Ia sepatutnya keluar pada 15 haribulan tetapi sekali lagi, masalah teknikal membelenggu dan menyebabkan ia lewat seminggu. Pihak bertanggung jawab akan sedaya upaya membaiki masalah ini.

Sempena bulan Syawal ini, kami di Komikoo ingin memohon maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

O_O.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Krew Komikoo

Wednesday, August 13, 2008

Komikoo #5


Sudah ada di kedai berdekatan anda. Segera dapatkannya!
Hosh!

Thursday, July 10, 2008

Ulasan Isu #3

Maaf kerana baru mengemaskini pautan tentang ulasan yang ditulis untuk isu #3.

Ulasan saudara FSSF

Ulasan Lefty

Ulasan Azhar Abdullah

Ulasan Hafidz Mahpar I & II

Terima kasih semua atas buah fikiran kalian. Terus beli Komikoo! Yippa!