Thursday, November 13, 2008

Komikoo #7


Muka hadapan oleh Jambang/Shawal

Juganah Kromosom/DNA
Tragedi Bulan Ini tulisan Saharil Hasrin SaninZon Quadron karya Zafran

Dendam karya Baba Chuah
Bebas karya Slemmer
Maaf kerana tiada kemas kini sejak pos yang lalu. Bukannya apa, tidak mahu berjanji tanpa ada tarikh yang kukuh.

Bagaimanapun, Komikoo masih bernafas, dan akhirnya isu nombor #7 berjaya disiapkan dengan bantuan dua pereka grafik bebas, Azihan dan Shawal.

Reka bentuk muka surat artikel untuk isu ini agak berbeza, yang mana menggembirakan kami di Komikoo.

Isu kecurian yang lalu sudah berjaya diselesaikan dan Komikoo #8 akan menyusul selepas Komikoo #7.

Isu #7 dijangka akan berada di pasaran sekitar minggu hadapan.

Cheers.

Wednesday, October 15, 2008

PENGUMUMAN - Komikoo #7

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Kami di sini ingin memaklumkan yang Komikoo #7 tidak dapat berada di pasaran pertengahan bulan ini atas sebab:

1] Pejabat kami dipecah masuk ketika cuti raya lalu. Segala fail-fail berkaitan Komikoo yang tersimpan dalam cakera keras milik DTP dan yang tersimpan dalam pelayan habis dicekup sekali oleh para pencuri. Kami terpaksa membuat semula segala reka bentuk dan proses meletakkan belon ke dalam komik.

2] Atas sesuatu sebab yang lain yang tidak dapat dinyatakan di sini .

3] Kami sedang mencari DTP artis untuk bekerja secara sambilan.

Apa-apa update lain akan diposkan di sini lagi.

Harap maklum.

Roy Ablah

Sunday, September 28, 2008

Komikoo #6


Sudah berada di pasaran, akhirnya.

Untuk pelawat blog ini, kemas kini terhadap isu baru Komikoo hanya akan dibuat selepas ia benar-benar berada di rak buku toko buku atau kedai-kedai majalah/mamak berhampiran untuk mengelakkan kejadian ia tidak dijumpai langsung.

Untuk kesekian kalinya juga, Komikoo kali ini lewat lagi. Ia sepatutnya keluar pada 15 haribulan tetapi sekali lagi, masalah teknikal membelenggu dan menyebabkan ia lewat seminggu. Pihak bertanggung jawab akan sedaya upaya membaiki masalah ini.

Sempena bulan Syawal ini, kami di Komikoo ingin memohon maaf andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa.

O_O.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Krew Komikoo

Wednesday, August 13, 2008

Komikoo #5


Sudah ada di kedai berdekatan anda. Segera dapatkannya!
Hosh!

Thursday, July 10, 2008

Ulasan Isu #3

Maaf kerana baru mengemaskini pautan tentang ulasan yang ditulis untuk isu #3.

Ulasan saudara FSSF

Ulasan Lefty

Ulasan Azhar Abdullah

Ulasan Hafidz Mahpar I & II

Terima kasih semua atas buah fikiran kalian. Terus beli Komikoo! Yippa!

Monday, June 23, 2008

Wednesday, May 28, 2008

Di pasaran minggu pertama Jun. Dapatkannya!

Sunday, April 13, 2008

KOMIKOO ON HIATUS

Atas sebab pengstrukturan semula dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, Komikoo tidak akan berada di pasaran selama 2 bulan - April dan Mei ini. Ia akan kembali semula di pasaran untuk isu #3 pada bulan Jun.

Harap maaf.

Harap maklum.

Untuk penjelasan lanjut mengenai hala tuju Komikoo, sila jenguk posting yang ditulis oleh En. Hafidz Mahpar sewaktu Roy memberikan talk di PeKOMIKON di

sini

Thursday, March 13, 2008

Komikoo #2 - Edisi Mac


Salam,

Pertamanya kami di Komikoo ingin memohon maaf atas kelewatan edisi kedua ini. Kami mengalami sedikit masalah teknikal dan segalanya sudahpun dibaiki.

Bukannya tidak mahu mengumumkan bila ianya akan muncul di pasaran tetapi kami sendiri tidak dapat memberikan tarikh yang tepat. Daripada membuat andaian salah tentang tarikh, kami memilih untuk diam dan kini ianya sudah berada di pasaran.

Selepas ini, penerbitan Komikoo akan berjalan seperti biasa iaitu sebulan sekali (dan mungkin akan keluar di minggu kedua setiap bulan).

Apa lagi, pergilah beli!