Tuesday, June 19, 2007

Syarat Menghantar Karya

Kami tahu ramai artis yang mahu bikin komik dan kami terlebih mahu membantu. Jadi, ini adalah syarat untuk berkarya bersama kami.

BAGAIMANA MAHU BERKARYA DI KOMIKOO?

Kami memberikan hak kepada karya anda. Walaupun hanya 8 muka surat tetapi anda akan memegang hak cipta komik anda! Kami hanya akan menerbitkannya dan mungkin, jika komik anda sudah cukup, kami akan menerbitkannya dalam bentuk kompilasi. Keuntungan selepas menolak kos percetakan akan dibahagi sewajarnya.

Kami menerbitkan komik one shot dan bersiri. Hanya 8 muka surat untuk komik one shot atau bersiri.

Kami tidak menerima sebarang sampel penulisan (plot, skrip dan sebagainya). Kami tidak punya masa untuk membaca dan menapis semua skrip dan plot yang dihantar, jadi sila sertakan bersama sampel lukisan untuk komik itu. Jika anda penulis, anda perlu mencari artis sendiri.

Kami menerima sampel inking, pensil atau perwarnaan. Setiap sampel yang dihantar akan disimpan untuk masa hadapan. Mana tahu jika kami mempunyai job mewarna dan melukis atau ada peluang untuk anda bekerja sama dengan pengkarya lain, anda akan dipanggil! Jika nama anda tiada dalam simpanan kami, maka anda akan terlepas peluang ini.

CADANGAN MESTILAH MENGANDUNGI:

Surat yang mempunyai semua maklumat ini (nama, alamat emel, alamat, telefon, dsb) tercetak di bahagian atas. Jika anda menggunakan surat menyurat, cadangan anda mestilah dijilidkan. Gunakan ayat yang padat dan tepat kerana apa yang penting adalah cadangan anda, bukan kebolehan anda mengayat.

Sinopsis SATU muka surat terhadap cerita yang dicadangkan. Kami mahu tahu segalanya. Bagaimana perjalanan cerita ini. Jangan takut untuk memberitahu kami kerana kami adalah penerbit, dan memberitahu kami takkan merosakkan komik anda. Kamu mesti menghantar SATU muka surat sampel komik yang dicadangkan. Maksimum adalah dua, lebih daripada itu kami tidak mahu.

JANGAN hantar lukisan yang asli! Bagi yang menghantar melalui surat, jangan hantar karya asli anda kerana ia tidak akan dipulangkan! Hantar salinan fotostat berserta belon dialog kepada kami. Bagi dialog, jika tidak dicetak sekali bersama komik, letakkan inlay untuk dialog. Jangan sertakan skrip dan mengharapkan kami akan membacanya. Bagi yang menghantar secara digital, masukkan sekali dialog-dialog yang ada.

Warna adalah opsyen. Jika anda mahu menghantar sampel warna, itu adalah hak anda! Tetapi jika kami rasakan yang komik itu tidak perlu diwarnakan, kami akan memberitahu anda.

SILA AMBIL PERHATIAN:

Perkara yang dicadangkan mungkin akan berubah. Jika kami rasakan yang cadangan anda itu bagus, kami tidak akan mengubah apa-apa. Tetapi jika cadangan itu perlu pembaikan, kami akan mencadangkan ia dibaiki. Kami terbuka kepada perbincangan. Jika anda boleh ke pejabat kami untuk berbincang, kami akan menerimanya dengan tangan terbuka.

Jika kamu tidak menyertakan alamat e-mel, kami tidak berpeluang mahu membalas anda.

Hasil akhir ADALAH segalanya. Kami tidak kira sama ada anda baru atau lama, tetapi kebolehan menghasilkan komik sehingga ke akhirnya adalah apa yang kami perlukan. Kami tidak kira berapa lama pengalaman anda atau berapa panjang resume anda atau apa yang kawan-kawan anda kata tentang komik anda, asalkan anda berbakat dan boleh menepati deadline, anda boleh menghantar komik anda kepada kami. Buktikan kebolehan anda.

Hantarkan karya anda kepada:

PENGHANTARAN KARYA

Komikoo

No 15-1A, Jalan Pandan 3/10,

Pandan Jaya

55100 Kuala Lumpur

Atau e-mel kepada

komikoo.noradz@gmail.com

Kami tidak kisah apa genre yang ingin anda persembahkan tetapi ia mestilah berlatar belakangkan dan beridentitikan Malaysia. Jangan lukis sekolah macam kat Malaysia tapi nama karakter Takuya Kimura. Stroke anda adalah hak anda! Kami versatil!

Jika karya anda bercirikan kritikan pedas atau satira, lagi baik. Tapi asasnya, kami cuma mahu cerita yang berisi, tidak kosong dan humor semata-mata dan dihasilkan oleh artis yang boleh bekerja dan menjaga deadline.

Roy

Ketua Editor

Komikoo

*diinspirasikan daripada submission guidelines Image Comics.

9 comments:

azhar said...

syabas atas kelahiran KOMIKOO

mari bersama-sama kita majukan scene komik Malaysia..

sekiranya saudara Roy sebarang kerjasama dari PeKOMIK, kami sedia membantu.

Azhar
PeKOMIK
http://azharsketch.blogspot.com

Azrock said...

Tahniah dude... Gua support lu orangdr blakang walaupun gua kecik ati lg. hahahaha. adios...

Sarah Joan Mokhtar said...

Takuya Kimura b. Kamal! LOL !

KaryajOnOs said...

Tabik!

Gandum said...

Congrat

atas kelahiran KOMIKOO..

Zack said...

Kat Friendster ramai bebudak muka Melayu tapi pakai nama Gerard Way.

Moth Divine [DGK] said...

ahahaaa...

kandungan komik yg

slamer ini ku carik2...

unik and beautifool,

memfool-kan mereka yg

smemangnyer fool dlm

industry arts

di Malaysia ku ter chenta!

slamat lahir ke doniya,

KOMIKOO!

vonadler said...

Peace to all,

Yay! I'm with you all...

For the local comic industry...

Yahya-Chu-Hada!

bajak said...

saya berminat hendak cuba menghantar karya komik yang bersiri tetapi disebabkan tiada pengalaman dalam industri ini dan usia yang masih muda, jadi saya tidak tahu bagaimana prosedur untuk menghantar karya ini.. can you please help me a little bit?